Tuesday 5 June 2012

Panik !

Semalam, saya pulang dari kerja pukul 9.30 malam dan tujuan seterusnya nak ke rumah Tuan Haji Ahmad Farid Bin Amir Hamzah, nak pass dokumen. Malangnya, dalam perjalanan tersebut, kereta saya tiba-tiba mati dengan sendirinya, berhampiran Taman Desa Jaya dekat Bukit Ketam (nama glamour tempat orang jual ketam). Panik sekejap mak nyah! Terus tekan button lampu hazard. Mana tak panik, dah la dekat lorong kanan, kenderaan tengah banyak, kereta belakang dah honking-honking. 


Cubaan untuk menghidupkan enjin kereta beberapa nyata gagal, sepertinya minyak tak naik. Saya terdiam untuk berfikir siapa saya nak hubungi. Bantuan segera diperlukan! Call Nuar, Zaki, Fadil. Mereka bersedia menghulur bantuan. Terima kasih kawan-kawan! Akan tetapi, sepupu saya, As ternampak kereta saya lalu berhenti dan bertanyakan kenapa dengan kereta saya itu.


" Aku rasa minyak tak naik la. Tengok minyak ada lagi. Kau tolong belikan aku minyak dalam tong, kita testing je  la. Janji sampai di Shell depan tu jadi la," beritahu saya. As terus kata ok.


Jalan sesak jangan cakap la. Lama juga tunggu sebab As saya perlu membuat pusingan U. Dalam 45 minit masa menunggu. Kasihan isterinya, sampai tertidur. Mungkin penat baru pulang dari kerja. 


As datang membawa 3 tong kecil berisi petrol. Saya membantunya mengisi petrol ke dalam tangki. Selepas itu, cuba hidupkan enjin. Vrrrroooom! Alhamdulillah ! As suruh tunggu di Shell, dan saya terus masuk gear D menuju Shell Taman Puteri Wangsa.


As berkata ada dua kemungkinan berlakunya perkara ini.
1) Sensor petrol rosak
2) Pelampung rosak - saya pun tak pasti kereta saya ada pelampung minyak ke tak. Biasanya kereta jenis saya menggunakan sensor electronik. 


Selesai mencuci tangan di Shell, saya mengucapkan terima kasih kepadanya kerana membantu. As terus berkata, "Hari ini hari kau, hari esok hari aku pula." Saya tersenyum dan  berlalu menuju ke kereta untuk pulang ke rumah.


Sebenarnya saya dah berhabis hampir RM 12 ribu sejak Oktober 2011 - membaiki kereta saya itu. Mungkin merajuk kerana saya pernah cakap nak jual dia. Ini ada la ragamnya. Tak mengapalah, jalan je dulu. Poket dah rabak dah. Belum masuk bayaran ansuran bulanan.


The Lie : Kereta bukan main lagi cap bintang. Di atas jalan raya memang orang pandang sebab wanita muda (Memang muda lagi ok!) yang berada di tempat duduk pemandu.


The Truth : Kereta je cap bintang, tapi mati sebab tiada minyak. Buat malu je.Hahaha.



Assalamualaikum ...

Huwaarggggghhh...


Terasa macam bangun dari tidur. Sebenarnya dulu saya dah ada blog, tapi dek kerana 'selalu terminum air ada semut' ini lah jadinya. FORGOT MY PASSWORD :0 


Oleh kerana minat nak menulis tu masih ada lagi, jadi saya ciptakan blog baru ini. Eh menulis ke? Mengarang? Boleh la. Dunia dah maju kan. Tulis-tulis ni dah tak main dah. Pakai taip-taip je.


Bila kita renung jauh-jauh, tulisan hidup kita ini macam sebuah cerita. Masing-masing ada peranan. Dikelilingi pelbagai ragam manusia. Yang baik ada, yang jahat pun ada. Miskin, kaya. Semua ada. Pendek kata, macam-macam ada.


Sampai di sini sahaja.


Salam perkenalan.
Pengarang